MirroЯ .

Mirror\\
3



Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak & Selamat Berpuasa :-)
Saturday, July 21, 2012 2:09 AM | 0 comments


Hi, assalamualaikum semua. Ehm hihi lama tak update en? Yeahh pejam celik pejam celik dah tiba masanya untuk kita semua menyambut bulan Ramadhan dan kita diwajibkan berpuasa. Semua tahu bagi kaum hawa mmg akan ada alasan A B C (Allah Bagi Cuti) kan? Haa so kalau ada kaum hawa yang tak puasa tu tak payah laa nak menunjuk, malu sikit. Tak kan nak heboh dekat semua orang kau A B C kod kan? Tak kan kau tak malu? Haa mesti ada perasaan malu kan? So kalau malu duk diam-2 jangan nak kecoh kau tak puasa sbb A B C yee :-) Bagi kaum adam pula, takde alasan korang B M W (Belum Mandi Wajib) yea! Haa ni paling aku sakit telinga dengar alasan sesetengah kaum adam, haihhh nak mengelak dari berpuasa tu kenapa? Kau bukan budak kecik lagi k? Malu sikit malu sikit, hahaha :D

Okay aku mengaku aku pernah tak puasa langsung walaupun aku dah akhil baligh, yela kan dulu akal budak-2 mana lah nak takut dgn dosa pahala semua tu. Main makan je, kalau aku sorang takpe lah jugak kan? Nie tidak, aku pegi ajak kengkawan aku. Hahaha diorang pun gedik je nak join kan? Well igt lagi masa aku sekolah petang, aku singgah bazaar beli air, lepas tu pegi dewan lepak berbuka awal! Wahahaha, otak mmg kotor lagi masa tu. Ish ish ish, apa nak jadi lah dgn kau nie Sasha? Jahatnya kau, haihh kalau mama tahu nie mmg habis kau kena bebel. Haaa duduk laaa depan mama sampai buntot kau panas! Rasain luuu, kikiki. Nak buat macam mana kan? Otak belum matang lagi walaupun dah akhil baligh dari darjah 5. Hm hahahaha, k dah malu lah.

Buat pertama kalinya aku puasa & akan menyambut raya sendiri, maksud aku takde Someone Special kan? Hahaha tak termasuk family, someone special je pun. Bukan top 1 dlam carta hati aku, siapa yg top 1 tu? Sudah tentu lah keluarga aku. ^_^ Kepada yang ada tu, haa untung lah k, boleh ugut dia nak duit raya. Haa mintak je duit raya dari pakwe korang tu banyak sikit. Hahaha jangan biarkan dia bg seringgit, lepas untuk korang beli aiskrim je. Igt korang budak kecil lagi ke? Buwwww, kah kah kah. Tahun nie jugak aku puasa tanpa seorang ahli keluarga aku, hm what a life. Takpe, dugaan dari Tuhan kan? Aku kena lah kuat walaupun hati aku, semangat aku masih lemah kan? Tuhan sayang semua umatnya sebab tu dia bagi cubaan dan dugaan :> Tengok? Betapa sayangnya Tuhan dkat kita kan? Macam-2 dia dah bagi dkat kita, kita je yang tak reti nak bersyukur. Haihh, takpe perlahan-2 kita boleh ubah.

Tahun nie 2012, bagi Tingkatan 3 & Tingkatan 5 pula mereka akan menyambut puasa bersama dgn percubaan PMR/SPM. Whoaa aku salah seorang mangsa PMR, hm gugur jantungku. Kecut perutku, lemah semangatku, goyang lututku. Ishhh, dah tahu takut aku masih nak aktif laman sosial kan? Tak sedar diri betul! HUH! Hm okay sekarang alhamdulillah aku dah boleh dapat apa yang aku belajar. Mata pelajaran yang aku lemah seperti :- "MATH, SEJARAH, GEO & KH" alhamdulillah aku dah boleh kuasai sedikit. Walaupun sedikit, tak hebat seperti korang yang hebat dalam mata pelajaran tu kan? Takpe, janji aku tak gagal dalam percubaan nnt tu dah boleh menggembirakan mama aku :3 Ya Allah, kau permudahkan lah aku untuk menerima ilmu yang aku pelajari Ya Allah. Ya Allah, kau bersihkan lah hatiku yang kotor ini untuk menerima ilmu-2 di dunia ini Ya Allah. Ya Allah, kau cergaskan lah minda ku, kau bangkitkanlah semangatku yang lemah ini untuk menerima ilmu yang sudah aku lepaskan Ya Allah. Ya Allah, ampunilah dosa-2 ku, ampunilah dosa yang aku telah buat kepada orang disekeliling ku ini Ya Allah. Amin :']

Semoga Tuhan berkati hidup anda semua.
Semoga bulan ini menjadi yang paling indah dari sebelumnya.
Semoga hilang segala niat jahat yang ingin kita lakukan.
Semoga kita semua dapat menunaikan puasa dengan penuh.
SELAMAT BERPUASA SEMUA ^_^v

OLD | NEW